Friday, April 1, 2011

Santai Famili di ShantyTown, Heritage Park

Hokitika, Ahad

Nyenyaknya tidur malam semalam. Hajat di hati mahu mengasah kemahiran mengambil foto seawal matahari terbit, namun hajat itu hanyalah tinggal kenangan. Selepas menunaikan solat Subuh, masing-masing terlajak sehingga jam 8 pagi. Menu roti bakar, baked bean dan scramble egg menjadi santapan buat mengalas perut. Selesai bersarapan, kami menyiapkan diri secara santai untuk memulakan jadual pada hari pertama dalam misi percutian di West Coast, NZ.


12 tengah hari: Perjalanan sejauh 30 minit dari tempat penginapan telah membawa kami ke Shantytown, Greymouth NZ. Sejurus sampai kami mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan di pintu masuk. Melihat terdapat banyak lokasi menarik, bagi diriku ini merupakan peluang yang tidak boleh disia-siakan untuk merakamkan seberapa banyak gambar. Gelagat kami yang bagaikan rusa masuk kampung hanya diperhatikan sahaja oleh orang Maori yang kebetulan lalu di situ. 

Telatah 4A: Abdullah, Adel, Adam dan Alden yang sering mencuit hati.

Masing-masing tengok kamera yang berlainan.

Alangkah seronoknya Adam... 
bak kata Atuk Wee: Hero Season 7 rambut 3 urat di belakang.

Cuaca yang semakin terik tidak membataskan kunjungan kami ke kawasan pedalaman bagi menyelami kehidupan masyarakat era 1860-an yang menjadikan perlombongan emas sebagai sumber pendapatan. Keunikan pengalaman menikmati suasana desa di Shantytown yang terletak 10 kilometer dari Selatan Greymouth menghidupkan semula suasana zaman itu yang mempunyai peninggalan menarik dari masa lalu. Dikatakan lawatan ke Shantytown tidak lengkap sekiranya tidak merasai pengalaman mendulang emas dan melihat demonstrasi Sluice Gun yang amat popular di sini. 

Ikuti pengalaman menarik dan menyeronokkan yang perlu dilawati sekiranya anda sampai ke sini...
Perjalanan 20 minit menaiki keretapi enjin stim yang digerakkan oleh arang batu.

Tekunnya Adam melihat koc arang batu.

Berpeluang mengenali 'Waka' sejenis spesies burung yang terdapat di New Zealand.

Bergambar di ShantyTown Sawmill.

Kaya... Kaya... Kaya... dapat mendulang emas seketul.

Menjelajahi kawasan ChinaTown yang tersorok ...
jelas menampakkan jurang perbezaan kehidupan sosio-ekonomi yang amat ketara.

Kembara diteruskan dengan menempuh halangan laluan alur sungai di sekitar ChinaTown.

Ooooooohhhh.... Nak kena pukul kuat lagi ni.

Seronok Adel mengepam air.

Pesalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan... :)

Seharian di ShantyTown terasa memenatkan. Dalam perjalanan balik ke tempat penginapan, tidak lekang memori yang singgah di ruang ingatan menandakan kepuasan dan keseronokan yang sukar digambarkan. Berbaloi dengan bayaran entri masuk NZD24 yang dibelanjakan.


Tidak sesukar mana mahu menjamu selera untuk hidangan makan malam kami, hasil tangkapan ikan salmon sebesar lengan pada lewat petang yang kemudiannya dipanggang secara barbeku. Kami menikmati ikan salmon, steak daging dan kentang putar...

Memang benar-benar membangkitkan selera makan.







3 comments:

  1. a'ah atika... mmg seronok sgt :)
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. waaaa sronoknyer....bez la dpt jln2 kt sane...1 pglman yg sgguh bharge....=)

    ReplyDelete