Tuesday, February 22, 2011

Redah Maize Maze

Niat untuk membawa Adel meredah labirin jagung terbesar di New Zealand dan melihat lebih dekat keunikan Maize Maze  sudah lama tersimpan. Akhirnya, peluang dinanti-nanti kunjung tiba bersama ahli CLUMP yang lain. Seakan lukisan alam berlatarkan tanaman jagung menghijau, begitulah realitinya landskap di bumi Hornby, Christchurch yang cukup memberikan inspirasi dan nafas segar kepada semua pemuja alam semulajadi. Rekabentuk Maize Maze pada tahun ini cukup istimewa. Sering tampil dengan bentuk yang berbeza, kali ini kami bakal meredah Maze yang berbentuk Castle Corn.

Cuaca baik pada jam 10 pagi itu membuatkan perjalanan cukup mendamaikan hingga tidak sedar hampir 2 jam menempuh cabaran untuk mencari laluan keluar. Tidak sukar sebenarnya meredah Corn Maze dengan keluasan sejauh 5 km walaupun bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Selain laluan yang bercabang, kami senantiasa mengambil laluan di sebelah kanan sebagai petanda bahawa kami telah mengikut laluan yang betul. Seringkali juga kami tersasar dan tersesat jalan. Dalam keterikan cuaca pada tengah hari itu, tidak terasa letih dek leka menjejaki laluan untuk keluar dari Maize Maze. 

Entri untuk kali ini, terpanggil dengan keseronokan Adel meredah Christchurch Maize Maze membuatkan aku teringatkan zaman kanak-kanakku yang membesar di ladang kelapa sawit. Sudah lebih 20 tahun aku tidak meredah ladang kelapa sawit, apatah lagi menyelusuri sungai dan jeram selepas penat membantu bapaku di ladang. 

Hmmm... rindunya pada kenangan lalu!
.
.
.
.
.
Biarpun Adel agak letih dek berjalan kaki, namun ia memberi suatu pengalaman baru. Ikuti catatan bergambar kami meredah Maize Maze...


"Where am I? I'm lost!"...

"A very pleasant way to spend the afternoon with family and friends"...
"I'm tired!Can we go home now"...

"Don't forget to take bottled water!"... 

"Lots of family fun with over 5kms of corn maze to explore"...

"Something different to do in Christchurch. Spend a couple of hours in the maze trying to find all the clues ... and Adel loved every minute of it"...