Monday, September 26, 2011

Little guy's first day of school...

22 September 2011

Awal pagi, Adel telah melangkahkan kaki ke sekolah. Riak wajahnya ceria dan begitu bersemangat untuk memulakan hari pertama di South Hornby Primary School. Di sini, bermulalah langkah pertama Adel dalam meneroka pengalaman baru dan menerima pendidikan secara formal di New Zealand. Baru semalam Adel menyambut hari ulang tahunnya yang ke-5.

Sebaik tiba di Room 2, Mrs. Richard yang menjadi guru kelas menyambut mesra dan menunjukkan meja dan tempat duduk Adel. Begitu leka si Adel mengemas meja barunya.


Bila dah masuk sekolah, nak kena belajar berdikari sendiri ya Adel. 


Muka ceria memulakan hari pertama di sekolah baru.


Kawan baru Adel, Jed Alcayde membantu Adel menyusun buku-buku sekolah.



Betapa berat hati Adam nak meninggalkan abang sulungnya di sekolah. Menangis sekuat hati tak mahu pulang ke rumah.


"Adam, Adam jangan nangis ya. Nanti petang abang balik sekolah kita main sama-sama ok"... ujar Adel seraya memujuk si Adam.


Balik rumah, mama terpaksalah pujuk Adam. Adam pun masuk sekolah juga hari ni, HomeSchool dengan mama ya.





Monday, July 25, 2011

Salji Di Luar Pintu Rumah

Tidak dapat bayangkan rumah kediaman dilitupi salji tebal dan lembut?

Well Mother nature has hit us again, instead of an earthquake we got snow!!! 

Entri kali ini agak lewat untuk dicatatkan. Akhirnya, salji turun juga di Christchurch. Bagi diriku yang pertama kali datang dari negara beriklim khatulistiwa dan tahun pertama di NZ, pengalaman berada di negara beriklim empat musim merupakan suatu pengembaraan yang pastinya tidak dapat dilupakan dan mungkin mula dirindui apabila pulang semula ke tanahair. Di negara yang luas terbentang ini, pengalaman dan cabaran baru senantiasa menanti diriku di segenap ceruknya.

"First snowball fight in 10 years... Awesome!!!"
"Winter Wonderland."
"It's snowing!!! YIPEEE!!"
"Tengah buat snowman setinggi 5 kaki."
Membaca status FB rakan-rakan di NZ membuatkan aku tersenyum sendiri. Walaupun reaksi wajah tak nampak kelihatan, namun aku tahu hati masing-masing sedang berbunga keriangan.

25 Julai 2011
Hari ini mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila hampir seluruh New Zealand dilanda salji yang paling tebal sejak 15 tahun. Salji turun amat lebat membawa rahmat dariNya ke seluruh alam. 

Subhanallah!

On Sunday afternoon we started to get some hail which then turned into sleet... and it was cold. "I hope we get snowed in."

My front yard.

First view on Monday Morning, facing backyard garden. Making it the coldest winter morning to date this year.

This is the view from our house. We were left shivering today with a high of two degrees... we had to have the Heat Pump ON full blast during daytime.

Beautiful view to look at...

Its a winter wonderland. 

We spend most of the morning outside making a snowman and having snowball fights.

First time in the snow!!! Yippieee...

Enjoying the snow while it lasts.


Bye bye snow... thank you for visiting us and covering our city in a white blanket. Please comeback and visit us again sometime.

Monday, April 4, 2011

Gamitan Hokitika Gorge yang memukau!

Hokitika, Selasa



Pada hari terakhir sebelum meninggalkan bumi West Coast, kami berpeluang untuk bermesra dengan alam semula jadi di Hokitika Gorge. Pukauan panorama Hokitika Gorge memberikan terapi yang paling baik untuk minda, emosi dan fizikal. Justeru, bagi pencipta alam yang dahagakan sentuhan suasana seperti itu, bolehlah mengunjunginya. 


Hokitika Gorge terletak 33 kilometer dari bandar Hokitika - antara lokasi menarik dan mengkagumkan. 

Semuanya bagaikan mimpi tatkala dikejutkan dengan realiti... begitulah hebatnya kuasa Sang Pencipta Alam Maya ini. 




Rahsia Warisan Dunia di Westland Glacier Country

Hokitika, Isnin

Cuaca pagi cukup sesuai untuk berjalan jauh. Udara sungguh segar dan nyaman. Pancaran matahari yang berbalam di sebalik rimbunan pepohon menghijau menaikkan seri semula jadi di sekitar tempat penginapan kami; Hokitika Holiday Park. Menu sarapan pagi dengan haruman nasi lemak daun pandan dan tumisan sambal ikan bilis. Hidangan masakan kampung serba sederhana yang sungguh menyelerakan!

Pada hari kedua 'berkampung' di Hokitika, kami telah memutuskan untuk melihat sentuhan magis alam semula jadi yang terdapat di Westland Glacier Country.

Ikuti jelajah 80 kilometer kami di Fox Glacier (Te Moeka o Tuawe dalam bahasa Maori)...

Perjalanan lebih 2 jam dari Hentian Hokitika akhirnya membawa kami ke destinasi yang ditunggu-tunggu, iaitu di Fox Glacier yang juga berjiran dengan Franz Josef Glacier. 

Jika ditanya apa uniknya Westland Glacier Country, pasti ramai, khususnya pencinta alam semula jadi segera mengaitkannya antara destinasi eko pelancongan yang wajib untuk dilawati. Di sebalik popularitinya sebagai World Heritage Site, Fox Glacier sememangnya layak dicanangkan sebagai gedung ilmu alam dengan keajaiban bentuk landskap yang memukau dan tidak terjangkau difikiran.

Biarpun penat kerana berjalan kaki, kami sempat meneroka keajaiban dan keindahan rupa bentuk batu-batuan... jambakan awan gemawan berserakan yang menghiasi langit biru cerah... terkesima dengan bentuk fisiografi di kaki pergunungan Southern Alps sambil didodoikan oleh deruman air terjun yang turun dari tanah tinggi... menyaksikan sendiri hakisan yang terjadi di sekitar tasik glasier dengan kedinginan angin yang bertiup garang seolah-olah berbisik dan mengingatkanku tentang keajaiban dan kekuasaan ciptaan Tuhan.

Subhan'Allah!

Apa yang pasti, kenangan indah menikmati panorama alam di Fox Glacier akan senantiasa terpahat diingatan apatah lagi setelah meredah perjalanan sejauh 80 kilometer dengan menggendong Adam yang mencecah 11 kilogram, menaiki dan menuruni lereng bukit yang curam, menyusuri alur sungai ditambah kesejukan di kawasan pergunungan memang benar-benar menguji kesabaran, minda dan keupayaan fizikal.    

Sememangnya berbaloi walaupun sedikit kepayahan... dan

memberikan kepuasan.

Berakhirnya pengembaraan dengan pelbagai kenangan yang dirakamkan untuk dibawa pulang!
Pemandangan Fox Glacier dari kejauhan.

Awan gemawan di kemuncak pergunungan Southern Alps.

Keajaiban Fox Glacier yang menjadi Warisan Dunia.

Menjejaki Fox Glacier dengan berjalan kaki sambil menggendong Adam.

Sungai Fox yang menembusi pintu gua di Fox Glacier.

Kesegaran air yang mengalir dari sungai Alpine.

Masih melimpah keindahan flora tanah tinggi di alam penuh keajaiban ini.

2 Pendaki gunung Southern Alps tersenyum girang.

Menikmati keindahan Fox Glacier dari jarak dekat.

Kepuasan dan keseronokan yang dinikmati bersama keluarga.

Tarikan Fox Glacier yang menggamit hatiku dan anak-anak.

Lekanya Adel bermain air yang mengalir di Sungai Alpine.

Tanda Amaran yang wajib dipatuhi!

Jangan diikut kata hati yang meronta-ronta untuk melepasi had amaran ini...

Kesegaran dan kedinginan air sungai Alpine menenangkan hatiku.

Pengalaman baru buat Adam merasai kesegaran air sungai Alpine.

Menikmati panorama alam yang memukau mata kecil bayiku.

Juga pengalaman berharga buat si abang Adel...

Jauh perjalanan luas pengalaman...

Kenangan di Fox Glacier untuk dibawa pulang!


Friday, April 1, 2011

Santai Famili di ShantyTown, Heritage Park

Hokitika, Ahad

Nyenyaknya tidur malam semalam. Hajat di hati mahu mengasah kemahiran mengambil foto seawal matahari terbit, namun hajat itu hanyalah tinggal kenangan. Selepas menunaikan solat Subuh, masing-masing terlajak sehingga jam 8 pagi. Menu roti bakar, baked bean dan scramble egg menjadi santapan buat mengalas perut. Selesai bersarapan, kami menyiapkan diri secara santai untuk memulakan jadual pada hari pertama dalam misi percutian di West Coast, NZ.


12 tengah hari: Perjalanan sejauh 30 minit dari tempat penginapan telah membawa kami ke Shantytown, Greymouth NZ. Sejurus sampai kami mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan di pintu masuk. Melihat terdapat banyak lokasi menarik, bagi diriku ini merupakan peluang yang tidak boleh disia-siakan untuk merakamkan seberapa banyak gambar. Gelagat kami yang bagaikan rusa masuk kampung hanya diperhatikan sahaja oleh orang Maori yang kebetulan lalu di situ. 

Telatah 4A: Abdullah, Adel, Adam dan Alden yang sering mencuit hati.

Masing-masing tengok kamera yang berlainan.

Alangkah seronoknya Adam... 
bak kata Atuk Wee: Hero Season 7 rambut 3 urat di belakang.

Cuaca yang semakin terik tidak membataskan kunjungan kami ke kawasan pedalaman bagi menyelami kehidupan masyarakat era 1860-an yang menjadikan perlombongan emas sebagai sumber pendapatan. Keunikan pengalaman menikmati suasana desa di Shantytown yang terletak 10 kilometer dari Selatan Greymouth menghidupkan semula suasana zaman itu yang mempunyai peninggalan menarik dari masa lalu. Dikatakan lawatan ke Shantytown tidak lengkap sekiranya tidak merasai pengalaman mendulang emas dan melihat demonstrasi Sluice Gun yang amat popular di sini. 

Ikuti pengalaman menarik dan menyeronokkan yang perlu dilawati sekiranya anda sampai ke sini...
Perjalanan 20 minit menaiki keretapi enjin stim yang digerakkan oleh arang batu.

Tekunnya Adam melihat koc arang batu.

Berpeluang mengenali 'Waka' sejenis spesies burung yang terdapat di New Zealand.

Bergambar di ShantyTown Sawmill.

Kaya... Kaya... Kaya... dapat mendulang emas seketul.

Menjelajahi kawasan ChinaTown yang tersorok ...
jelas menampakkan jurang perbezaan kehidupan sosio-ekonomi yang amat ketara.

Kembara diteruskan dengan menempuh halangan laluan alur sungai di sekitar ChinaTown.

Ooooooohhhh.... Nak kena pukul kuat lagi ni.

Seronok Adel mengepam air.

Pesalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan... :)

Seharian di ShantyTown terasa memenatkan. Dalam perjalanan balik ke tempat penginapan, tidak lekang memori yang singgah di ruang ingatan menandakan kepuasan dan keseronokan yang sukar digambarkan. Berbaloi dengan bayaran entri masuk NZD24 yang dibelanjakan.


Tidak sesukar mana mahu menjamu selera untuk hidangan makan malam kami, hasil tangkapan ikan salmon sebesar lengan pada lewat petang yang kemudiannya dipanggang secara barbeku. Kami menikmati ikan salmon, steak daging dan kentang putar...

Memang benar-benar membangkitkan selera makan.