Monday, October 4, 2010

Our new New Zealand home

Masa terus berlalu dengan begitu pantas. Sedar tak sedar sudah 19 hari pengembaraanku di bumi Aotearoa. Anakku yang sulung, Adel sibuk dengan play-acting. Adam sudah lama melelapkan matanya. Hmmm... waktu terluang begini membolehkan aku mengemaskini blog yang telah lama tak ku lawati.

Tropics Superlink, Palm Villa and Golf Residences IOI Bandar Putra, Kulai. Istana pertama kami di Malaysia. Melihat koleksi gambar rumah teres 2 tingkat, membuatkanku mengimbau kembali kenangan pahit dan manis bersama ahli-ahli keluarga yang datang mengunjungi kami pada waktu terluang. Keriuhan suara kak long, abang Din, kak Ju, abang Man, Tasya dan Aqilah memenuhi ruang tamu. Oh rindunya dengan kenangan itu... 3 famili Kulai.

[Bandar Putra, Kulai Johor Malaysia]

Avonhead, Christchurch New Zealand. Baru sekarang diri ini menyedari, sesungguhnya ada hikmah di atas segala kesukaran dan bermacam-macam halangan yang terpaksaku tempuhi untuk sampai ke sini. Saat yang paling sukar adalah apabila berjauhan dengan suami tercinta dalam tempoh berpantang selepas melahirkan Adam. Sukarnya mengawal mental dan emosi. Penatnya memujuk hati dan memendam rasa hati.

Kini aku lebih tenang.

Ketenangan yang dikurniakan Allah yang kini menjadi milikku. Nikmatnya memiliki sebuah ketenangan. Hati ini tenang biarpun tinggal di negara yang majoritinya bukan seagama mahupun sebangsa. Hati ini bahagia biarpun dengan duit yang terpaksa dijimatkan. Hati ini lebih ceria walaupun menghuni rumah yang jauh lebih kecil daripada rumah di Malaysia.

Kadangkala hatiku berbisik dan tertanya-tanya, mengapa lebih mudah mencari ketenangan di negara orang, namun sukar menemuinya di negara sendiri.

Subhan'Allah... Allahu Akbar... Astaghfirullah... semoga aku termasuk di dalam golongan manusia yang senantiasa bersyukur.

[Avonhead, Christchurch New Zealand]


[NZ House warming and Raya Celebrations]

2 comments:

  1. Ketenangan itu satu nikmat yg selalu kita lupa. Thank you for posting this house-warming picture syg. At least I do have some memory of the many house-warmings we attended when mama&I were there. They are great friends to keep.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, abah. Berada di sini barulah benar-benar dapat menghayati keagungan ciptaan Allah yang ada di langit dan di bumi. Hati lebih tenang dan bersyukur sangat-sangat. Abah doakan kami ya, agar kami tak selalu leka dan alpa dalam memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.

    ReplyDelete