LAMA SUDAH KU MENYEPIKAN DIRI!
Salam ukhuwah buat semua sahabat...
Semoga sehingga detik dan saat ini kita masih lagi dikurniakan nikmat dan kemanisan IMAN dan ISLAM.
21 September 2010; genap sudah usia Adel 4 tahun. Alhamdulillah, setelah menunggu selama sebulan lebih barulah dapat menguruskan pendaftaran bagi kemasukan Adel ke tempat pendidikan pra-persekolahan. Sebelum ini kami begitu sibuk membuat pengurusan dan penyesuaian sejak sampai di sini seperti keperluan rumah, dll. Tambahan pula, suamiku sibuk bekerja dan mengejar masa untuk menyiapkan proposal PhDnya. Perubahan iklim, cuaca dan persekitaran turut menjadi halangan.
Avonhead Preschool, Christchurch New Zealand. Di sinilah tempat Adel akan memulakan penerokaan sebelum memasuki alam persekolahan sebenar di New Zealand. Berpandukan modul program pengasuhan kanak-kanak yang menerapkan kurikulum Montessori dan Te Whariki, Adel akan berpeluang mendalami pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan masyarakat Maori. Tentu agak menarik bila Adel boleh menuturkan bahasa Maori. Berkaitan dengan yuran pra-sekolah, ia adalah percuma dan mendapat subsidi 20 hours ECE per week (Early Childhood Education) dari kerajaan New Zealand. Berbanding dahulu ketika di Malaysia, kami menghabiskan lebih RM1+++ setahun bagi memulakan pendaftaran di NURI Kindergarten dan yuran bulanan sebanyak RM410. Yang menariknya, tiada uniform dan tiada buku yang perlu dibeli bagi memulakan sesi pra-persekolahan di sini. Pakailah apa sahaja pakaian yang bersesuaian.
Ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya Allah atas kemudahan persekolahan anak kami di sini.
"Sekilas pandang terus jatuh cinta untuk mendaftarkan Adel di pra-sekolah ini".
Walaupun agak jauh berbeza dengan sistem pendidikan pra-sekolah di Malaysia, terus terang aku mengakui sistem pendidikan di sini lebih memberi makna dan unik dalam menggarap aspek perkembangan kanak-kanak. Sel-sel neuron otak dirangsang dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran menerusi practical life dan aktiviti free-play seperti; "outdoor activities, puzzles, books, music, blocks, painting, water, collage, carpentry, dress ups and playdough." Adel juga telah belajar cara menggunakan penukul, paku dan kayu untuk kerja-kerja pertukangan. Sesuatu yang agak berlainan di Malaysia yang menggunakan pendekatan bercorak Academic-Oriented dan Examination-Based.
Dalam 3 lawatan yang terdahulu bagi proses penyesuaian, agak payah untuk memahami emosi Adel. Sering sahaja berada di belakangku dengan muka masam dan cuba menyembunyikan diri, enggan berinteraksi dan melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Mendekati anak-anak bukanlah sesuatu tanggungjawab yang mudah. Dalam kesibukan kita sebagai ibu bapa terutama bagi mereka yang bekerja dan menguruskan rumahtangga kita agak mudah hilang fokus. Keadaan ini tentu sahaja membuatkan anak-anak rasa terpinggir. Biasanya kita akan dapati anak-anak akan sengaja melakukan perkara-perkara yang memeningkan kepala kita hanya sekadar ingin menarik perhatian ibu bapa. Dalam hal ini, Adel turut tidak terkecuali. Kena banyak bersabar dan memujuk. Insha'Allah, semua masalah boleh diatasi.
Dengan dorongan dan sokongan yang tak putus-putus dari tenaga pengajar di Avonhead Preschool. Kini, aku sudah boleh menarik nafas lega. Lawatan pada 11 November 2010 menunjukkan satu perubahan positif buat Adel.
Adel semakin seronok dan gembira.
Dalam perjalanan balik dengan berjalan kaki sejauh 2 km, Adel masih lagi bertenaga dan mampu untuk meredah keperitan sinar mentari 24 darjah Celcius, pada jam 12.30 tengah hari. 40 minit berjalan kaki!
Gelagatnya sangat menghiburkan. Walaupun kadangkala, Adel can be a little bit bossy! Sehinggakan gelaran 'Anak Raja' sinonim dengan Adel. Gelaran yang dianugerahkan oleh Big Daddy AMN.
Semoga keadaan ini akan berterusan. Insha'Allah, dengan ilmu, usaha, doa dan penegasan kita sebagai ibu bapa kita boleh mengawal minda bawah sedar dan tindakan kita terhadap anak-anak akan menjadi lebih baik. Berikanlah yang terbaik yang termampu bersesuaian dengan kudrat masing-masing untuk kita berikan kepada anak-anak kita.
“Sayangilah dan dekatilah anak-anak kita”
Adel semakin seronok dan gembira.
Dalam perjalanan balik dengan berjalan kaki sejauh 2 km, Adel masih lagi bertenaga dan mampu untuk meredah keperitan sinar mentari 24 darjah Celcius, pada jam 12.30 tengah hari. 40 minit berjalan kaki!
Gelagatnya sangat menghiburkan. Walaupun kadangkala, Adel can be a little bit bossy! Sehinggakan gelaran 'Anak Raja' sinonim dengan Adel. Gelaran yang dianugerahkan oleh Big Daddy AMN.
Semoga keadaan ini akan berterusan. Insha'Allah, dengan ilmu, usaha, doa dan penegasan kita sebagai ibu bapa kita boleh mengawal minda bawah sedar dan tindakan kita terhadap anak-anak akan menjadi lebih baik. Berikanlah yang terbaik yang termampu bersesuaian dengan kudrat masing-masing untuk kita berikan kepada anak-anak kita.
“Sayangilah dan dekatilah anak-anak kita”
Assalamualaikum..moga cikgu sekeluarga sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah s.w.t =)
ReplyDeletewslm Faris. tq for the doa :)
ReplyDeleteInspirational...
ReplyDelete