Sebaik sahaja anak sulungku bangun dari tidur pagi tadi, bergegas dia bangkit dari katilnya dan berlari ke ruang tamu.
Ruang tamu sunyi sepi dan kosong.
Bebola matanya liar mencari sesusuk tubuh milik atuk Nawi dan nenek Tip.
"Mama, mana atuk ? Mama, mana nenek ?" kata anak sulungku, Adel.
"Atuk dengan nenek dah balik rumah atuk dekat Malaysia." balasku.
"Balik Malaysia?" Adel mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak setuju.
"Atuk nak kena balik sebab nak kena pergi kerja, nenek nak kena teman atuk lah dekat sana. Adel, Adam, mama dengan abah kena duduk dekat sini... dekat New Zealand." jelasku pada Adel dengan harapan agar dia bisa mengerti.
"Ala, mama... Adel nak balik rumah atuk. Adel tak nak duduk kat sini." Adel sudah mula merengek-rengek.
Air mata mula bergenangan, menakung berat di kelopak mataku lalu tertumpah mengalir perlahan di dataran pipi.
Korek perigi di parit seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri;
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.
(Keratan dari Permatang Budi, 1991. Antologi Kerusi Fajar Bukti Sdn. Bhd.)
so, adel mcmne skrg? da ley sesuaikan diri?
ReplyDeleteSedihnya Atuk baca. Sayanggggg cucu Atuk. But that's life. We have just to go on. Whenever there is an opportunity for us to make a mark on this earth, we just grab it, and do the best we could. Adel and Adam would benefit a lot from this exposure to a foreign land. It surely will leave a profound impact (positive) in shaping the character he will be. Just like his Dad, and his siblings who were raised in the United Kingdom... Atuk could see immense reward from their UK background.
ReplyDeleteWhat a start to the exciting days ahead for Adel and Adam!
Love, Atuk & Nenek
(from the comfort of Atuk House)
Fatiha; Adel masih not get used to the environment here. hmmm... belum jumpa kawan lagi. Insha'Allah lagi 2 minggu dh boleh hantar dia ke playschool.
ReplyDeleteAbah; Insha'Allah. Semoga segala urusan dipermudahkan buat kami sekeluarga di perantauan. Salam buat mama juga ya.